Kisah ini diceritakan oleh seorang Wali Allah di mana dia mempunyai seorang
kawan yang sangat baik paras rupanya dan berbudi luhur. Dia mempunyai
seorang isteri dan hidup dalam keadaan sederhana tetapi sangat bahagia. Kerjanya
setiap hari adalah membuat kipas dari bulu burung dan menjualnya di pasar.
Saya sering menziarahinya disamping mengharapkan doanya. Setiap kali
saya menziarahinya saya dapati banyak bulu-bulu burung yang cantik dan jarang
dijumpai berselerak di atas lantai. Pada suatu hari saya bertanya kepada
kawan saya, "Wahai saudaraku, dari mana engkau memperolehi bulu-bulu burung
itu sedangkan saya tidak pernah melihat saudara keluar mencarinya".
Kawan saya menjawab dengan tersenyum, katanya, "Allah s.w.t telah
menugaskan malaikatNya untuk mengirimku bulu-bulu burung ini setiap hari Jumaat,
sebagai rezeki untuk keluargaku" sambungnya lagi " Dari bulu-bulu
burung inilah aku membuat kipas dan menjualnya di pasar kepada sesiapa yang
memerlukannya.
Setelah beberapa lama saya tidak berjumpa dengan dia terasa pula rindu untuk
bertemu dengannya. Pada suatu hari saya pergi ke pasar dengan tujuan untuk
menziarahi kawan saya itu. Setelah tiba di sana saya dapati kawan saya
tidak ada di tempat ia selalu menjaja dagangannya. Puas saya mencari di
sana sini tetapi tidak berjumpa, lalu saya bertanya kepada orang-orang yang
berjaja di situ, mereka berkata bahawa kawan saya itu telah lama tidak datang
untuk menjual dagangannya.
Saya begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya. Saya mengambil
keputusan untuk pergi ke rumahnya. Tiba di rumahnya saya dapati keadaan
sunyi sepi dan saya memberanikan diri untuk mengetuk pintu dan memberi salam.
Tidak lama kemudian saya mendengar suara isterinya bertanya "Siapa di luar
itu?" saya menjawab "Sahabat dari suami kamu, saya amat rindu untuk
bertemu dengannya". "Adakah ia berada dirumah?" tanya saya
lagi. Isterinya menjawa "Ia, dia ada di dalam, tetapi sedang sibuk
berzikir dengan Allah Azzawajalla".
Isterinya membuka pintu dan mempersila masuk. Saya merayu supaya
mengizinkan saya bertemu dengannya kerana saya amat rindu sekali dengannya.
Isterinya pun segera masuk dan mendapatkan suaminya dan tidak lama kemudian ia
kembali seraya berkata "Masuklah". Saya masuk dan menuju tempat
yang di tunjukkan oleh isterinya. Saya melihat kawan saya berada di suatu
tempat yang khusus di bina untuk beramal ibadat. Apabila melihatku
segeranya bangun dan memeluku dengan erat sekali, kelihatan sekali di
wajahnya nur dan cahaya kebahagian.
Kami pun berbual agak lama juga dan tidak lama kemudian saya di hidang dan di
jamu dengan makanan yang sungguh lazat rasanya. Belum pernah saya merasa
minuman dan makanan yang sedemikian lazat kerana saya tidak pernah melihat
makanan sedemikian di dunia ini. Saya berfikir mungkin makanan ini
didatangkan khusus dari syurga.
Setelah lama berbual saya memberanikan diri untuk bertanya "Kenapakah
kamu tidak lagi berjaja daganganmu di pasar, apakah ia tidak laku lagi?"
Kawan saya tersenyum dan berkata "Tidak, tidak bukan kerana itu"
"Habis kenapa? Dengan tidak sabar lagi saya bertanya keran ingin mengetahui
keadaan sebenarnya". "Sebenarnya saya mengalami suatu peristiwa
aneh" katanya. "Peristiwa aneh, apakah yang dimaksudkan oleh
saudara" saya terus mendesak.
"Begini ceritanya" jawab kawan saya. Dia pun mula bercerita.
Pada suatu hari saya pergi ke pasar seperti biasa untuk menjual kipas daripada
bulu-bulu burung, tetapi tidak satu pun yang laku. Sedangkan pada hari itu
saya benar-benar tidak mempunyai apa-apa pun untuk menyara hidup keluarga saya.
Saya mengambil keputusan untuk menjaja dangangan saya ke sebuah kampung tempat
tinggal orang-orang kaya, tiba-tiba saya terdengar suara orang memanggil,
saya mencari-cari suara itu dan mendapati ianya datang dari sebuah bangunan yang
tinggi dan saya terus mendongak dan mendapati seorang wanita memanggil untuk
melihat kipas buatan saya.
Saya terus mengikuti perempuan itu dan dibawanya naik ke tingkat atas sekali
bangunan itu. Saya dapati hiasan di dalamnya sungguh cantik,
lantainya di alas dengan karpet yang tebal sekali,dan bau ruangan itu sungguh
harum. Ditengah-tengan ruangan itu terdapat sebuah katil yang di ukir
indah dan bertatah dengan intan permata. Kelambunya berbunga emas dan perak.
Tiba-tiba saya terkejut ditegur oleh seorang wanita yang sungguh cantik,
seluruh tubuh badannya dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan. Wanita itu
merenung saya dan seluruh badan saya menjadi gementar lalu saya memejamkan mata
kerana tidak sanggup bertentang mata dengannya. "Selamat datang wahai
tamuku" kata wanita itu "Mulai malam ini kamu akan di layan selama
tiga hari tiga malam, aku akan memberi kepuasan kepada kamu dengan pelbagai
kenikmatan yang kamu tidak akan bertemu sepanjang hayatmu" sambung wanita
itu lagi.
"Apa maksudmu?" tanya saya. "Aku akan memberi kepuasan syurga,
yang anda tidak akan menyesal seumur hidup anda" jawab wanita itu.
Saya merasa takut sekali dan meminta supaya Allah menjauhkan aku daripada
pekerjaan terkutuk ini. Saya cuba mencari helah namun dia terus memaksa
saya supaya menuruti kehendahnya. Saya tidak dapat mengelak lagi dan
akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan kehendaknya.
Saya meminta izin dari wanita itu untuk naik kebumbung bangunan itu, dan
berjanji akan kembali lagi selepas itu. Wanita itu berkata " Biarlah
saya menemani dan membantu anda, jika ingin membuang air" "Tidak"
jawab saya dengan tegas. "Saya cuma ingin melihat dan meninjau
keadaaannya saja" sambung saya lagi. Wanita itu berkata "Anda tidak
boleh pergi ke mana-mana kerana semua pintu telah di kunci ". Saya
terus memujuk dan berjanji akan kembali lagi. Lama kelamaan wanita itu
bersetuju dan membenarkan saya naik.
Saya terus naik ke atas dan mendapati bangunan itu sungguh tinggi sekali dan
saya terus berdoa "Ya Allah, Engkau amat mengetahui tentang urusanku, mati
adalah lebih baik bagiku daripada melakukan maksiat yang terkutuk terhadapMu".
Saya berfikir sejenak, lalu saya mengambil keputusan dan terus terjun daripada
bangunan yang tinggi itu. Tiba-tiba datang satu lembaga telah menyambut
dan saya jatuh di atas sayapnya. Lembaga itu tidak lain tidak bukan adalah
malaikat yang di utuskan Allah untuk menyelamatkan saya. Dalam sekelip mata saya
telah berada di rumah saya. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas
pertolonganNya dan menyelamatkan saya daripada pekerjaan yang terkutuk itu.
0 komentar:
Posting Komentar